LOGO DAN KETERANGAN

LOGO SEKOLAH


KETERANGAN LOGO

 

Motto Sekolah

 

ILMU AMAL IMAN

ILMU Guru mendidik dan membimbing pelajar menimba ilmu dan menjadi pelajar yang berketerampilan

AMAL Berbekalkan ilmu yang ditimba ini , pelajar akan mengamalkannya ke jalan kebaikan.

IMAN Pelajar akan melaksanakan tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara dengan berlandaskan keimanan sejati.

Bentuk Lencana

1. Logo berbentuk oval, dengan nama sekolah dan motto sekolah mengelilingi bentuk oval memberi makna bahawa usaha menuntut ilmu tiada sempadan dan batas masa, juga menggambarkan globalisasi.

2. Bentuk empat oval yang bertindih antara satu sama lain menunjukkan pendidikan bertaraf dunia dengan tumpuan utama kepada sains dan teknologi serta penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi.

3. Ia juga menggambarkan hubungan manusia dengan alam.

4. Dari pandangan sisi kelihatan otak manusia yang melambangkan pelajar yang berketerampilan dan serba boleh.

5. Gambar buku di tengah-tengah melambangkan penghayatan kepada pengajaran Al-Quran agar ilmu yang dituntut merupakan ilmu yang bermanfaat dan diamalkan berlandaskan keimanan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

6. Di samping itu, buku melambangkan pengekalan ciri-ciri tradisional yang baik dan ulung dalam usaha menuntut ilmu.

7. Oleh itu, asas pendidikan dan ilmu terus diutamakan. Ia juga mewakili bendera Pulau Pinang.

8. Lambang lima bulatan bertindih menunjukkan bahawa sekolah bukan sahaja menumpukan perhatian kepada bidang kurikulum malah kokurikulum juga diutamakan demi melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

9. Angka 2002 menunjukkkan tarikh sekolah mula beroperasi.

Warna Lencana

1. Kuning – Kedaulatan dan mewakili salah satu warna bendera Pulau Pinang
2. Biru Tua – Perpaduan
3. Biru Muda – Mewakili warna bendera Pulau Pinang
4. Putih – Suci dan bersih.