PIAGAM PELANGGAN

  • Kami dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :
  • memberi peluang dan layanan yang adil kepada setiap murid tanpa mengira agama, keturunan dan latar belakang untuk mendapat pendidikan yang sempurna;
  • mewujudkan iklim sekolah selamat dari segi fizikal, sosial dan budaya agar suasana sekolah sentiasa kondusif selaras dengan perkhidmatan penyayang;
  • sentiasa berusaha meningkatkan kecemerlangan dalam aspek kurikulum, kokurikulum, fizikal, keceriaan dan pentadbiran;
  • memastikan disiplin murid sentiasan berada pada tahap yang terpuji dengan menanam dan menyuburkan penghayatan nilai-nilai murni untuk membangunkan insan yang sempurna;
  • memastikan semua kakitangan sekolah sentiasa berdisiplin, bertanggungjawab, berdedikasi, terlatih, berinovasi dan produktif bagi mewujudkan pengurusan sekolah yang cekap dan berkesan;
  • usaha yang berterusan dalam meningkatkan tahap profesionalisme keguruan di kalangan para pendidik menerusi program-program peningkatan profesionalisme yang terancang;
  • sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan pelanggan.